Saturday 14 January 2012

T-ara - Lovey Dovey (Story Ver.) MV [english sub + romanization + hangul...

T-ara(티아라) Cry Cry MV ENG SUB

syukur..

Hari ini aku belajar sesuatu yg penting dalam hidup aku..aku telah bertemu dengan insan yang mengajar aku makna sebuah kehidupan..betapa beruntungnya aku dilahirkan sempurna dan di kelilingi dengan insan yang masih sayangkan aku.aku punyai fizikal yang sempurna walaupun paras rupa ku yang tidak menarik.aku masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa bersama aku disaat aku senang dan susah.semuanya begitu bererti selepas aku bertemu dengan insan ini.pertemuan yang tidak disangka memberi aku semangat bahawa hidup harus diteruskan walau apapun cabaran yang mendatang.

Kita sering merasakan lemah bila dugaan yang datang bertimpa-timpa.ujian yang tidak sanggup dilalui menyebabkan kita menjadi pendek akal untuk menamatkan nyawa yang telah dianugerahkan Illahi. Aku menjadi kagum bila melihat sahabatku ini yang cacat anggota mampu hidup dan menjalani kehidupannya dengan penuh bermakna, sedangkan kita yang sempurna ini sering mengeluh bila ditimpa ujian.dia bekerja di tengah-tengah kota yang pesat, menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain, melalui setiap detik dengan penuh bermakna.siapa sangka insan seperti nya begitu tabah dalam kehidupannya..tabahkah kita bila bila kehilangan anggota tubuh?tabahkah kita bila hubungan percintaan kita berakhir?tabahkah kita bila semua yang kita rasa patut kita miliki tidak menjadi milik kita??kalo ditanya soalan itu pada aku..jawapan aku TIDAK...aku tak setabah yang disangka kuat dari pandangan mata kasar..tepuk dada tanyalah IMAN...

syukurlah dengan kelebihan dan kekurangan yang kita miliki..kelebihan mengajar kita supaya tidak leka dengan kehidupan ini..kekurangan mengajar kita menjadi seorang yang sentiasa belajar untuk perbaiki kelemahan dan kekurangan kita..kehidupan yang dijalani dengan penuh kesyukuran memberi sebuah makna yang tidak ternilai...

Thursday 12 January 2012

kehidupan...

Kehidupan??Hidup??kehidupan adalah berkaitan dengan Cinta, kenangan, kesabaran, perilaku dan membuat pilihan..ada yg HIDUP kerana kasih sayang dan cinta yang menebal dalam hati..ada juga yang hidup kerana kebencian dan dendam yang tak pernah terpadam.. ada yang meneruskan HIDUP kerana kekuatan..dan ada yang sia-siakan HIDUPnya kerana kelemahan hati dan jiwa nya..

Ada yang kata hidup harus diteruskan walau apapun terjadi..tp sekuat manakah kita nak menongkah arus kehidupan yang mencabar ni???dugaan tak pernah kenal penat untuk terus menduga minda dan hati manusia..terus dan terus di duga tanpa pernah fikir setakat mana kemampuan kita..adakalanya terasa seperti tak tertanggung lagi hingga menyebabkan hilangnya kewarasan manusia..ada yang menyatakan..setiap dugaan yang turun adalah mengikut kemampuan manusia itu sendiri..tapi bagaimana kalo ada segelintir manusia yang mengambil jalan mudah untuk tamatkan nyawa nya kerana tidak mampu lagi menanggung keperitan dan kesakitan dugaan itu sendiri..pada saat itu HIDUP tidak penting lagi..

Bagaimana dengan aku??mampu atau tidak untuk teruskan HIDUP ini yang penuh cabaran..di saat bahagia muncul..kepahitan yang datang berkali-kali dalam hidup aku..aku teruskan hidup kerana aku rasa aku perlu HIDUP walau pun aku merasa sakit yang amat menebal dalam hati..pernah aku terfikir utk mengambil jalan singkat..tapi syukur kerana masih ada sedikit kekuatan yang memberi aku cahaya untuk terus melangkah dalam keHIDUPan ini..kasih sayang dari yang ESA, keluarga dan orang sekeliling yang memberi aku semangat untuk terus HIDUP..dan paling utama kerana aku masih beragama dan ISLAM yang aku junjung tak pernah mengajar aku mensia-siakan keHIDUPan aku.. semuanya bergantung pada aku..cabaran yang paling sukar bagi aku adalah diri aku sendiri..kuat atau lemah nya aku adalah diri aku..